Friday, September 20, 2013

HEALTH-HAPPINESS-BEAUTIFUL

HEALTH-HAPPINESS-BEAUTIFUL
Hibiscus Sabdariffa or Roselle...Mine is with love....
        
                               SIHAT-BAHAGIA-CANTIK
Hibiscus Sabdariffa atau Roselle..Saya punya adalah dengan kasih sayang.....

KHASIAT ROSELLE:                                                                     

Mencegah penyakit kardiovaskular.                                                                          
Mencegah kanser
Demam panas/selesema.
Resdung (alergi) dan lelah (asma).
Stress/sukar tidur
Melancarkan peredaran darah
Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
Mencegah penyakit jantung
Mengubati pening kepala/migraine

KANDUNGAN ROSELLE:

Pensyarah Kanan Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Dr Hasmah Abdullah; 
" Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia. Ia merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat. 
Tambah beliau, Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Ramai saintis percaya bahawa  pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan. Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh".